Wordless Sunday.

As salam n hie (:



Pagi tadi jam640 bangun dan terus ambil wuduk, tunaikan solat subuh. Jam700 mesej masuk inbox,"Salam. Aku tak join" . Okey, terus baring sambil online dekat fone, sambil tunggu jam715 untuk pergi mandi. Segar betul pagi ni walau jam200 pagi aku tidur semalam. Mesej masuk inbox lagi,"Tak jadi pergi jogging pagi ni. Petang ni ok?" Terus gantung semula tuala, gapai fone wt13i ,text mereka-2 untuk pergi jugak pagi ni .Aku rindukan jogging sesudah subuh. Kalau tidak, aku rela pergi sendiri. Mesej dengan nada mendesak. Oh kejam bunyi nya. Akhirnya semua setuju. Nafas lega. :)


Aktiviti biasa, jogging terus sampai ke tasik KMPP. Main titi gantung, walaupun matahari supply vitamin D baru nak naik, tapi ramai jugak dah bangun awal. Main bola tampar, bola keranjang, jogging, bagi ikan dekat tasik makan roti, dan ada jugak pergi makan roti canai dekat warung luar. Hihi. Seperti biasa, itulah rutin hari minggu pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Semalam hari Sabtu pergi pasar malam. Beli macam-2 ,makan ramai-2. Wah, meriah betul. Jam830 sampai jam930 kena tutup lampu. 'Earth Hour' punya pasal. Bergosip dalam gelap. Yes fun. :D Petang ni bercadang naik basikal. Nak pusing satu KMPP. Seronok beriadah daripada tidur dan terperap dalam bilik. Tambah-2 lepas Asar, kalau tertidur, boleh jadi gila. Sakit kepala teramat sampai malam. Masa beriadah jugak lah dapat eratkan ukhwah. :)

Tapi semua tu hanya tinggal dalam empat-minggu terakhir dekat sini. Eh tidak. Dua minggu lebih. Seminggu tinggal P&P ,Lepas tu seminggu 'study week', Dua minggu final exam. Minggu exam, belum tentu dapat bersama macam biasa lagi. Haih. Rindu nanti zaman matrik. Walau penat dengan masa yang pack, tapi yang pahit semua dah biasa telan.Yang manis saja tinggal.


Rindu.
Belum tamat matrik dah mulai rindu.
Bakal rindu.
Amik tisu.




Disini aku mulai bertemu mereka.
Mereka semua yang setia mendengar kisah hati.
Bukan kisah hati Alyah, tapi kisah hati kami.






KALAU SUKA, KLIK LIKE.

6 comments:

Cik Fatin said...

yeah.zaman matrik memang terbaik !

rindu zaman matrik :'(

~uǝǝʇɐɟ said...

bakal rindu. sobsobsobsss

Nur Amira Mardiana said...

wahh.. rindu kmpp.. huhu .. btw, ol d'best eh ;)

Nur Amira Mardiana said...

wahh.. rindu kmpp.. huhu .. btw, ol d'best eh ;)

Nur Amira Mardiana said...

wahh.. rindu kmpp.. huhu .. btw, ol d'best eh ;)

~uǝǝʇɐɟ said...

dirindui :( thanks you myra.