Hati yang Mati


Ikut kata hati mati,
Ikut kata akal belum tentu pasti.

Puji boleh jadi keji,
Sanjung boleh jadi caci.

Kau harus tahu yang satu itu.
Hati dia sudah penat untuk mengerti,
Hati dia sudah penat dengan kisah-kisah kau lagi.

Ketika itu dia pergi,
Bersama hati yang sudah mati.


El Negra Distro & Studio @ Ipoh

Assalamualaikum & hie!



Semenjak aku private kan blog ini, memang tak ada mood lansung nak sambung menaip. Banyak juga entry yang aku dah simpan lama dalam draft. Tapi bila mood nak menaip tu dah datang, terus tak sabar rasanya nak qada balik semua entry aku yg tertangguh selama DUA TAHUN ni. Latest entry aku update tahun 2014 kot! HAHAHA


Cafe pilihan aku kali ini adalah El Negra Distro & Studio Ipoh. Masa aku pergi sini cuaca pun kurang baik, hujan dah mula renyai-renyai turun. Parking jangan cakap lah, punya lah susah nak dapat. Yelah korang tahu lah keadaan pekan Ipoh ni macam mana. Lagi-lagi waktu cafe beroperasi pun waktu orang balik kerja. Jadi terpaksa lah redah jam dan hujan. 







View dari dalam kereta



Cafe ini antara Top 5 cafe yg paling awal aku pergi dulu masa zaman cafe hispter ni baru nak up. Sekarang ni dah tak terkira dah berapa banyak cafe hispter dekat Ipoh. Takpe, kita update slow-slow satu per satu yang mana aku pernah pergi. InshaAllah kalau ingat lagi hihi


Apa yang aku perasan, design dalam cafe El Negra ni mesti berubah-ubah. So gambar yg aku bakal kongsi dekat bawah ni mungkin berbeza dengan interior design cafe El Negra yang sekarang. Lama sangat dah tak datang sini dan semestinya nak datang lagii!















Ini antara menu pilihan kami. Spaghetti meatball (faveret!) dan Grill chicken chop mushroom sauce.










Large portion spaghetti in one plate





Expresso 



View dari tepi tingkap hehe


InshaAllah kalau aku rajin, aku update tentang tempat lain pulak ya! Sory tak dapat nak menaip panjang-panjang sebab nya entry ni dah lama simpan dalam draft, dah expired. Hihihi



Instagram: @nfatinsya_
hashtag: #foodiebyfatinsya


See then, bye assalamualaikum ;)


Alamat cafe ni : 121 First Floor, Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh Perak
No. Tel: 016-5217960



UPDATE: Cafe ni dah tutup. Shooo sad T_T


Burps & Giggles @ Ipoh

Assalamualaykum & hie!


Haa, ni aku nak share satu lagi cafe yang sangat artistic & quirky dekat Ipoh iaitu 'Burps & Giggles', dalam erti kata lain yg bermaksud, 'Sendawa dan Ketawa'. Sebenarnya, dah lama dah aku pergi sini tapi baru harini aku dapat kongsi kan dekat blog. Sebelum memori ingatan aku ini makin pudar sebab perlu diisi dengan perkara yang lebih penting, tak salah kan aku nak share dekat blog biar pun entry ini dah basi. Haha! Burps & Giggles Cafe ni sangat sesuai untuk korang yang suka ambil gambar, instagrammer atau sesiapa sahaja yg suka kan seni. Dalam cafe ni banyak sangat unsur-unsur seni yang pasti buat korang impress! Dan, yang paling best dekat sini banyak guna barang recycle je & if you love murals, more Marilyn Monroe murals can be found in and out around here! :)








Kalau kita tengok memang banyak sangat pilihan tempat duduk & meja. 
Boleh pilih ikut keselesaan memasing.



Basikal buruk pun boleh jadi seni hiasan. Ni dekat tingkat atas. Masa dekat atas ni ada satu meja ni dan ada tangga yg boleh duduk lepak jugak. Haha Mungkin sesuai untuk sesiapa yg lebih mahukan privacy.



Ni gambar meja bahagian atas tadi.






Sebenarnya masa aku datang sini, aku belum ada lagi akaun instagram (ig: nfatinsya_), handphone pun pakai model biasa-biasa je. Sebab tu kualiti gambar pun kurang menarik sikit. Ahaks! :P Tapi sebab ada lah juga beberapa keping gambar yang aku ambil dalam simpanan, why not aku share je dekat sini. Masa ni pun trending 'cafe hipster' baru nak up tak silap aku. Then lepastu baru aku terhegeh-hegeh buat akaun instagram. Haha!






Ni tempat yg kami pilih. Agak tersorok sikit dari orang lain. Boleh lah sembang puas-puas & giggles puas-puas! :p



Menu yang kami order :)



Ice cream crepe


*tips: For muslims, sini pork free je tau NOT means halalan toyyiban ye! So pandai-pandai lah :)











Ni pula dekat bahagian luar. Kalau rasa nak duduk santai-santai & angin sepoi-sepoi bahasa, boleh lah pilih duduk sini. 








Okay, ini jelah sedikit info yg aku dapat kongsi kan. Hope you will have your time for Burps & Giggles too! :) So, I really hope this post will help you a little bit more about some cafes in Ipoh. Thank you for reading! :)


Address: 93 & 95 Jalan Sultan Yussuf, 30000 Ipoh Perak, Malaysia