Peduli kata Hati.


Tiada lagi stok-stok itu
Masuk kotak. Simpan rapi.

Termenung sendirian. Kedua ainun aku terpanah pada ruangan kosong di penjuru siling bilik.

Memang bisikan ini yang aku tulikan. "Bersediakah engkau?" .Mendengus. Nafas aku naik turun. Bohong jika aku kata aku tidak cemburu. Bohong jika aku kata aku tidak simpan kemahuan yang sama seperti gadis lain. Hati kecil ini kadang-kadang juga merungut. Tapi cukuplah sekali aku tergadah. Tekad. Tidak akan kembali kisah hidup yang aku pernah cipta dahulu.

Kadang-kadang hati juga memberontak Aku inginkan itu. Itu juga. Dan mungkin itu juga.


Lihat sekali pintas. Sekadar membelek. Hati turut menjeling, 'Ya Allah'. Juga terlintas di dalam hati. Waktu aku diri aku dahulu, kenapa tiada selonggok begini di depan mata. Berkerumun manusia ingin memiliki. Dan mungkin jika dahulu itu yang aku lihat, mungkin bayang-bayang aku juga berada di celah mereka.

Jika juga ada tika waktu itu. Mungkin aku boros tak peduli kantung duit yg mulai nipis .Jika ada tika waktu itu. Mungkin aku tidak mampu melawan hati kecil merengek. Jika ada tika waktu itu. Mungkin aku pilih jalan yang lain. Dan jika ada tika waktu itu. Mungkin aku bukan diri aku kini.

Ah, berhentilah berfikir.

Tunduk.

Aku pernah pilih jalan ini bertahun dahulu. Tetapi pendirianku tidak kekal. Rasa malu diutamakan hanya kerna keadaan keliling aku tika itu. Niat dahulu tersasar jauh. Kini. Niat itu kembali bertaut di hati kecil ini. Alhamdulillah. Cukup lah sekali itu, aku tidak akan persiakan lagi buat kali kedua. Tiada ketiga dan keempat.

Apa yang aku cuba benihkan di dalam hati,
Bukan wanita seperti ini dianggap lapuk dek zaman.
Bukan wanita seperti ini dianggap kolot
Bukan wanita seperti ini dianggap begok.
Bukan wanita seperti ini dianggap tiada gaya.
Itu silap.
Sebenarnya wanita seperti ini sangat hebat.
InsyaAllah.

Jangan peduli kata kejam yang lain. Peduli kata hati.





Selamat menyambut Hari Raya Aildilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua muslimin dan muslimat. Semoga syawal kali ni disambut dengan penuh barakah dan keceriaan. InsyaAllah :')

TaqabbalAllahu minna waminkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu)




KALAU SUKA, KLIK LIKE.


3 comments:

Fyzal said...

ikut hati, mati. orang dulu dulu awal awal lg dah peringatkan kita.

adibahfaizah said...

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anda :D
Selmt hari raya !!

the fikirman said...

:D , moga Allah terima amalan kita