Hati Resah.

As salam n hie :)


Ada satu malam tika aku tidak boleh pejamkan mata, aku terus terduduk dan ambil laptop. Laptop masih panas .Mana tidaknya,  tidak sampai 10 minit aku baru sahaja 'shut down', aku dah 'turn on' kembali. Konon nak melali kan diri supaya mengantuk dan terus dapat tidur nyenyak. Namun hati rasa resah. Apa yang tidak cukup? Mungkin petang itu aku tertidur walau tidak lama, namun berjaya mengganggu tidur aku malam itu. Aku cukup benci tidur petang selepas waktu asar. Sakit kepala dibuatnya. Dah tu, mula lah kelam kabut ambil wuduk sebelum waktu asar pergi. Jahat betul kau syaitannirrojim. Huh. Mendesus lagi.


Fikiran masih melayang. Terlintas juga nak dengar radio, tapi telefon bimbit jauh aku letakkan dekat soket berdekatan suis lampu. Sudah lama tidak topup, tapi bateri tetap cepat habis. Manakan, ada yang rajin SMS tidak pun ganggu hidup aku dengan Misskol. Kalau gentle, kol aku lah terus ,bro ! Tapi tak mungkin suara lembut aku balas. Ah malas layan. -.-


Semakin kita kenal dunia, semakin kita tahu kenapa wujudnya dunia ,alam yang sama sekali tidak kekal. Supaya dapat menapis hanya yang taat padaNya sahaja dapat melangkah ke syurga. Disitu abadi. Takut takut kalau tidak terpilih. Namun tak putus berdoa moga ditempatkan di kalangan orang beriman. Dikelilingi malaikat yang melindungi agar tak tewas dek hasutan iblis.


Pada malam itu, jam hampir 1.30 pagi. Tiba-tiba mata terpaut pada satu entry tentang solat. "Solat??? Patut hati rasa resah yang amat. Ya Allah, aku lupa solat ishak." Teruk betul rasa diri. Namun sebagai manusia biasa, sikap leka itu perkara biasa. Syukur Allah masih beri peluang merasai nikmat solat. Resah betul hati kalau tak sempurnakan amanah akhirat itu. Kalau dulu, aku jarang ada perasaan ini. Mungkin perasaan ini satu anugerah Allah. Sekali lagi rasa syukur. Tunduk.



KALAU SUKA, KLIK LIKE.

6 comments:

lipas merah said...

alhamdullilah masih sempat:)

~uǝǝʇɐɟ said...

Alhamdulillah , perasaan itu sgt miracle ^^

Shima Yahya said...

ALHAMDULILLAH :)

Anonymous said...

kak fatin ada ciri2 penulis nvel . sungguh ! (:

~uǝǝʇɐɟ said...

shima : alhamdulillah :D

~uǝǝʇɐɟ said...

ULYA: ehh mana ada :) btw, thanks you