Mat Bangla.


Dengan izin nama Allah ,Ar-Rahman :)


Tadi sedang aku merajinkan diri 'blogwalking' ke blog-II lain, aku terbaca satu entry sebut pasal suatu tempat iaitu ,NILAI. Penghargaan tak terhingga dekat pemilik blog tu sebab kasi idea melimpah-limpah untuk aku sempurnakan tugasan aku harini. hehuu :') .Walhal, aku sedikit pun tidak mahu ingat lagi kejadian itu. Ah, benci betul aku masa itu. -.-

Alkisahnya begini. Tika dulu zaman keluarga aku bersama sepupu sepapat kaum kerabat yang lain rajin memborong, pastilah Nilai 3 menjadi pilihan. Sedang enak memborong itu ini, pastinya kedai karpet (permaidani) menjadi pilihan kaum-II ibu dan juga kaum-II bapa. Si anak-II ini ikuti sahaja. Cantek sungguh karpet bangla-II dekat Nilai 3 ni jual. Asalkan jual karpet je, mesti bangla dan bukanlah melayu kita. Pelik disitu? Bukan itu aku nak pertikai. Lantak lah disitu.

Sehabis je aku tawaf satu kedai tu, fuhh masih tak habis lagi proses tawar menawar mereka. Ini cantik itu cantik. Pasti rasa nak borong semua. Tapi ada satu masa ni, boleh pulak aku terleka. Ada seorang bangla ni cuba datang dekat aku dan tanpa disedari, bangla itu cuba nak sentuh hidung aku , ala-II dalam cerita Hindustan tu. Kalau muka hensem macam Shah Rukh Khan takpe juga, ini aku rasa macam nak jerit dekat telinga bangla tu biar kasi pekak.

"Suka hati je engkau kan!!! Ingat sweet ke ???!!$%$#"


Ha, macam ni. Senang cerita. -.-'



Tapi bangla itu bernasib baik sebab aku hanya balas dengan teknik mengelak 360 darjah dan juga teknik jelingan mata geram 180 darjah. Huh! Geram betul rasa masa tu. Habis semua ketawakan aku yang muka dah merah padam tika itu. Sejak itu, aku tekad taknak dah jejak kedai karpet tu. Serius malu T.T



KALAU SUKA, KLIK LIKE.

6 comments:

lipas merah said...

bahaya gila..kemain eh bangla tuh

~uǝǝʇɐɟ said...

kan. malu sangat T.T

Anonymous said...

huhuuh...sabar je la ^__^

Anonymous said...

suka ayt kak fatin ...
"ingat sweet ka" opsss !

kak fatin , km ada update terbaru . jemput2 (:

~uǝǝʇɐɟ said...

syakir rahman : kan. hidup kena banyak bersabar, wehuuu :')

~uǝǝʇɐɟ said...

ulya: haha, itu je yg boleh cakap :D okey! sekarang jugak kak fatin view ;)