Kisah cuti dua minggu.

As Salam n hie.


Amboih ! kemain aku. Baru dapat cuti dua minggu, tapi ini dah masuk entry ke-5 aku update. *clapclap* Nampaknya aku berjaya balas dendam dengan jayanya ! *puiihhh* Maybe ini entry terakhir aku sebelum aku masuk sem2 dekat matrik. Itupun kalau aku betul betul tak ada point nak update.

Sepanjang cuti sem ni, eh aku pun tak tahu nak panggil cuti sem atau cuti raya aidiladha. Two-in-one la kot. Mood raya pun tak habis lagi. hikhiks. Jadual aku untuk cuti kali ni berbeza sedikit. Sepanjang minggu yang pertama, aku habiskan cuti dekat rumah. Yes, betul aku cakap. Hari raya pertama je aku pergi beraya. Satu-satunya rumah yang bertuah tu adalah jiran belakang rumah aku. Ngehh :D Walaupun satu rumah je  aku berjaya jejak, tapi aku berjaya makan one slice of cheese cake ! yeaahhh #lepaskempunan

Dan hari-hari yang seterusnya, aku hanya duduk dekat rumah menanti tetamu yang tak putus-putus datang. Itu dah memang adat keluarga aku tiap-tiap tahun. Konfem ramai datang rumah. Raya tahun ni agak pecah rekod jugak sebab tiap-tiap hari kena masak menu berbeza. Menu yang tercalon adalah Lemang, ketupat, rendang ayam, nasi impit &kuah kacang, rendang tok, daging masak merah+kicap, soto ayam, nasi lemak, dan penutup raya buat nasi minyak bersama lauk ayam masak tomato,jelatah dan kurma daging. Kalau buat list atas kertas ni, confem menjela-jela jatuh sampai ke lantai. Superb ! (:




Rumahku syurgaku.



Tamat sudah seminggu cuti aku dekat rumah. Masuk je minggu kedua, aku dah mula kena buat assignment yang cikgu sempat bagi sebelum cuti -.-". Surprisely ! Aku boleh siapkan semua kerja dalam sehari. *gigih*


Mindmap for 5 kingdom. Biology Subject.

Macam-macam rupa dah mindmap aku. hikhiks. Actually aku tak suka nota mindmap ni. Memang tak pernah membantu aku pun saat-saat nak exam. Bytheway ini satu tugasan, so aku kena buat jugak lah. Cara aku study biology, aku banyak refer nota poket yang aku akan buat beberapa hari sebelum exam. Otak aku ni kalau sekadar membaca, memang susah nak singgah maklumat tu. So apa yang aku baca, aku kena tulis semula. This is my way of learning (;




Cuti ini ada lagi satu benda yang aku kena prepare. MUET. Speaking test dah lopeh dah jang. Tinggal test Writing, Listening & Reading. =.=" Aku lemah bab bab listening nih. Bahasa dieeee. fuhhh..



Doakan aku tau tau ! :D


KALAU SUKA, KLIK LIKE.


4 comments:

emy|farid said...

bykkan mmbaca n grammar je, yg lelain jgn risau, hehe gud luck. semoga bjaya. amin3

~uǝǝʇɐɟ said...

emy|farid : thanks for the tips n thanks for the wish! ;)

Semut Senyum said...

good luck dik... ! sebelum exam tu, korek telinga dulu ye.. heheheh

~uǝǝʇɐɟ said...

hihi :D dah lepassss dah. berkat doa semua ^^