Al-kisah d'KMPP #PART 1

As salam n hie :)


Sudah 6 hari bercuti di rumah. Ada lagi 5 bulan untuk beku kan otak. hihi *sila jeles* Keputusan final maybe dalam bulan ni jugak. Pun bagaimana walau, aku tetap gigih nak share dengan pembaca semua antara pengalaman aku belajar dekat Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Harap entry ni ada lah sikit-sikit dapat membantu adik-adik lepasan esss-piii-eemm yang berkobar-kobar nak masuk Matrik penang. Betui tak ? hihi :p


Masa haritu aku and the geng nak pergi outing. Seperti biasa, kalau nak pergi shopping mall macam Jusco ,Pasific ataupun Kailan (pekan kecil), ada bas disediakan siap parking betul-2 depan kolej. Jadi tak payah risau dah. Tapi kalau nak pergi Sunway atau pun shopping mall area Pulau, pandai-2 lah cari transport. Tapi apa yg mudahnya, kami bebas nak sewa kereta atau van tak pun naik teksi sudah. Kebiasaannya kami kol PakLong untuk ambil hantar kami pergi Sunway. Num phone Paklong memang tersebar habis dekat semua pelajar, agaknya tujuh keturunan dekat Matrik Penang tu pun rasanya tak habis. Surprisely, suatu hari ni, PakLong offer nak bawak kami pergi pesta dekat Pantai Merdeka keesokan harinya. Memandangkan kami outing pada haritu, memang berat tulang rasanya nak keluar lagi keesokan harinya tapi disebabkan ada cuti umum (tak ingat cuti apa), so kami pun bersetuju .PakLong yang baik hati itu telah offer kami berempat untuk pergi ke Pantai Merdeka full sponser termasuk tambang ,makan dan minum. Yehuuuu ! (:



Calon-2 bertuah yang pergi :p



Special Presenter: PakLong yg baikhati.

Meh meh aku nak introduce sikit. Hehe. PakLong ni driver num1 dekat KMPP tu. Bawak kereta laju kemain siap drift macam dekat track Formula 1. So kalau pertama kali naik kerata Paklong ni mungkin rasa takut sampai nak tercabut bulu roma tapi kalau dah selalu naik, siap boleh tidur mimpi indah lagi :p


Pantai Merdeka.


Nampak tak disitu. Kitorang borong baju PDI sama-2 khas nak pergi Pantai Merdeka. Over -.-"


Naik bot. PakLong belanja .hikhiks


Makan seafood. PakLong belanja lagi. Makan dekat restoran terapung.





Pantai Merdeka yang jauh ke tengah ,gunung daik bercabang tiga.


Sebagai penghargaan terharu dekat PakLong, ktorang belanja PakLong Pisang Goreng. hewhew :p Sebelum balik, ktorang nak bayar balik tambang sebab lepas pergi Pantai Merdeka, ktorang mintak PakLong singgah Jusco kejap, lama PakLong tunggu ktorang siap boleh baca paper lagi, tapi PakLong tak mau amik sebab dia kata "PakLong tak mahu sebab PakLong dah janji semalam kan". huhu, baik nya PakLong! :')


Selain daripada pengalaman PakLong bawak kami pergi trip Pantai Merdeka full sponsor, seminggu sebelum Final exam pulak ,Pakcik kafe B belanja ktorang makan roti canai dekat warung luar. Nak introduce sikit. Setiap hujung minggu, warung roti canai bawah jambatan tu memang full dengan student Matrik Penang. Masa tu lah dapat spend time dengan kawan-2 semua. Jam8 warung tu dah mula penuh. Hebat tak hebat. Masa pakcik kafe nak belanja tu, semuanya out planning pun. Tapi alhamdulillah, murah rezeki ;) Itulah penangan terhebat kalau berbaik dengan pekerja-2 dekat sana. hekhek :P


Roti canai. Pakcik kafe belanja.
Total up semua Rm22+ .heeeee :D



"Kalau mereka minta aku berceritakan tentang dua tahun pengalaman aku di sana, percayalah aku mengambil masa seumur hidup untuk menceritakannya.Takkan habis :')"



KALAU SUKA, KLIK LIKE.





8 comments:

Amalina Ulya said...

untunglahhh jadi budak kmpp :)

Amalina Ulya said...

kak fatin bg emel boleh tak ?
nnt boleh invite . ulya visible utk invited readers ja :)

~uǝǝʇɐɟ said...

@ulya: untung sangat :) okey dah inbox ^^

adlin suraya said...

Asssalamualaikum, kak. nak tanya skit pasal matrikulasi pulau pinang ni, inbox email boleh ? ^^

A Story . Maybe ? said...

SIS :) Nak tanye pasal kmpp :) Dah inbox email sis . Dapat tak dari puteriada91@yahoo.com . thanks :)

A Story . Maybe ? said...

Sis , nak tanye about kmpp :) Boleh ?
Dah inbox email sis dari puteriada91@yahoo.com . Ade tak ? (:

BlueSky said...

Salam,sis ada whatsapp/wechat tak?nk tanya pasal kmpp nie.

BlueSky said...

Salam,sis ada whatsapp/wechat tak?nk tanya pasal kmpp nie.