29/05/2012.

Dengan izin nama Allah, Al-Mukmin :)


Ya Allah, lama gila aku tak update entry. Lepas tu boleh pulak terlupa nak post 'Wordless Wednesday' semalam. T.T . Minggu ni jiwa aku kacau sikit sebab semakan keputusan peperiksaan Matrikulasi boleh dibuat pada 29/5, jam10 pagi ! *amboi skema betul penulisan aku* Pagi tu pulak jam8.30 aku dah keluar pergi renew lesen P. Lepas tu aku pergi Mydin teman emak beli barang dapur. Tengah pilih-II bawang tu pun, aku dah kecut perut. Rasa nak duduk dalam toilet takmau keluar! Hewhew.


Lepas je dapat tahu keputusan, aku terus siap-siap nak pergi Jusco. Memang dah rancang dengan Fizah Ahmad nak jumpa pada hari dapat result. Jadi, boleh lah jerit sama-II ker, tak pun boleh pinjam bahu nak menangis. Sobsobss. *lap*



Toilet. Bowling, Jusco Kinta City,Ipoh.


Jadi haritu memang sekuat hati aku hempas-II bowl dekat lantai kasi lepas geram. Nasib baik tak retak. Hikhik . Lagi satu sakit hati jugak lah sebab bowl berat 7kg takde. 'Lu ingat wa ni ada otot berketul-ketul ke siap kasi wa bowl berat 13,14 kg? Habis hilang semangat wa nak main tau.Ganti balik duit wa RM3.50!' ,kata aku dekat amoi yg bertugas dekat kaunter bowling tuh. Hewhew, aku tipu je. Macam berani sangat aku kan. *puihhh* Demi RM3.50, kami pun redho je guna bowl berat 12kg tu siap bengkak lagi jari aku tau. *see!* Lepas tu gigih pergi makanTutti Frutti dan belikan emak Burger King. Mengidam katanya. :P


Kami tak pergi berdua, tapi berlima. Siapa lagi 3 orang? Biarlah rahsia :) hihi. Jadi, harini aku dah semangat isi UPU Fasa II. Harap-II aku dapat apa yg aku mohon. Amin Ya Rabbal Alamin. Tolong doakan sekali tau. Kalau 44 orang yg baca dan tolong doakan, insyaAllah bertambah berkat doa aku. Aku tahu korang semua baik. Thank you C:


KALAU SUKA, KLIK LIKE.


2 comments:

Sheila Eiman said...

semoga berjaya ea..
Amin.. mudah-mudahan dapat k...

~uǝǝʇɐɟ said...

Sheila Eiman: thank you dear! Amin! :)